Dari Umar ra. berkata: Ketika di suatu hari kami duduk-duduk bersama Rasulullah saw. muncullah seorang lelaki berpakaian putih bersih, berambut hitam kelam, tidak tampak padanya bekas-bekas berpergian jauh, dan tak seorang pun mengenalinya. Lalu ia duduk dekat dengan Nabi saw. dengan menempelkan lututnya pada lutut beliau, kemudian ia meletakkan , kemudian ia meletakkan kedua tangannya di atas peha beliau. Ia berkata, "wahai Muhammad, beritahu aku tentang Islam. beliau besabda. "Berislam itu adalah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan solat, dan menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bila kamu mampu ke sana." Orang itu berkata, "Engkau benar". Kami heran kepadanya, ia bertanya lalu membenarkannya.
Orang itu berkata lagi, "beritahu aku tentang iman." Beliau bersabda, " Engkau beriman kepada kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitabNya, rasul-rasul-Nya, hari akhir, dan kepada Qadar yang baik mau pun buruk." Orang itu berkata lagi, "Engkau benar"
Orang itu berkata lagi, "Beritahu aku tentang ihsan." Beliau menjawab, "Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihatNya.Jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu. Orang itu berkata, "Beritahu aku tentang hari kiamat." Beliau menjawab, "Orang yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya." Orang itu berkata lagi, "Beritahukan aku tentang tanda-tandanya".Beliau menjawab,"Bila budak wanita telah melahirkan tuannya, dan bila engkau melihat orang-orang (yang dulunya) tak beralas kaki, tak berbaju, miskin, dan oekerjaannya mengembala kambing, telah berlumba mendirikan bangunan."
Kemudian orang itu pergi, aku terdiam. Sesaat kemudiaan Nabi saw. bersabda, "Wahai Umar, tahukah kamu , siapa orang yang bertanya tadi?" Aku menjawab, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Beliau bersabda, "Dia adalah malaikat Jibril yang datang untuk mengajarkan agamamu."
(Hadis Riwayat Muslim)
Tuesday, October 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment